Hai Everyone!
Salam Nuzul Quran dan Selamat Hari Ibu. Harini 10/5/2020 kita meraikan dua hari yang bermakna walaupun sebenarnya hari-hari Hari Ibu. Tapi harini yana nak cerita dan share dengan semua pengalaman yana belajar dekat KMPh selama lebih kurang 11 bulan je. *takde kaitan kan
Sebenarnya jujur yana cakap, yana tak pernah terfikir akan sambung belajar dekat sini lepas habis spm. Memang takde langsung dalam kepala untuk sambung disini. Memang angan-angan nak masuk asasi tapi takde rezeki. Allah Maha Mengetahui yang mana lebih baik untuk kita kan. In other way, just follow the flow! Masatu dapat diploma tapi tak pergi so, yana sambung je dekat matrik. Later yana akan cerita kelebihan-kelebihan matrik okies?
So first of all yana akan cerita sikit-sikit la pasal selok-belok kat kolej ni. Kolej ni complete ada bilik tutorial, dewan kuliah, mini mart, library, surau, cubicle, cafe ada di setiap blok student, lab pon cukup untuk setiap subjek sains iaitu biology, chemistry and physics. Specialnya matrik pahang sebab ia merupakan satu-satunya matrik yang ada tasik. Nak tgok gambar? All below ↓
 |
| Ni contoh cubicle physics. |
 |
| Jalan dari library ke surau |
 |
| Dewan Kuliah |
 |
| Bilik Tutorial (naik pakai tangga ye no lif!) Antara sebab korang kurus bila masuk matrik adalah sebab kena pakai tangga hari-hari. Hahahahhaha takpe la exercise! |
 |
| Mesin air ni ada kat setiap blok. No worries! |
 |
| Jalan menuju ke library |
 |
| Dewan Mat Kilau |
 |
| Di depan library |
First time masuk sini memang gelabah ye anak-anak sebab memang yana tak pernah duduk asrama before this, so this is my first time la berjauhan dgn ibu ayah. Tapi dah lama-lama memang boleh adapt punya. Yang tak pernah duduk asrama jgn risau pulak. Everything will be alright! And for those yang dah ada pengalaman confirm takde hal punya.
Next, yana akan share pasal course kat sini. Basically akan ada 2 jenis student sahaja sama ada student sains ataupun student account. Untuk student account memang takde masalah sebab semua kelas ambik subjek yg sama. Student sains pulak terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
Modul I:(math + chemist + bio + physics)
Modul II: (math + chemist + sains comp + physics)
Modul III: (math + chemist + sains comp + bio)
Semua kat atas ni subjek yang akan dikira dalam cgpa iaitu masuk exam. Tapi akan ada lagi subjek tambahan yang wajib lulus (tiada exam) iaitu English, Kokurikulum, Pengajian Am dan Pendidikan Agama Islam / Moral. So memang banyak ye kena belajar kat sini. For me, hidup kat matrik memang kelam kabut sebab matrikulasi kan fast track, so masa memang limited. Dengan subjek yang agak banyak, (tutorial, lab report, jotter, assignment) Semua kena cepat dan pantas. As long as you know how to adapt, semua akan okay je.. Trust me! Yana bukan nak takut-takutkan korang but it's better kalau korang nak masuk sini, ready dengan mental yang kuat.
Next, pasal blok student pulak. Kat sini ada 3 blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Blok A dan Blok C adalah blok untuk student perempuan, while Blok B adalah untuk student lelaki. Cuba teka yana blok apa? Yupp Blok A. A1T202. Tu nama bilik yana. Ok yang ni memang ramai tak puas hati sebab blok A memang agak jauh daripada bilik tutorial dan cubicle. Yana jealous jugak la dengan yang dapat blok C sebab blok C memang dekat dengan segala kemudahan. Nak pergi kelas just jalan dua tiga langkah, dah sampai. And kebetulan pulak masa tu cafe di blok C makanan nya murah dan sedap. Wuish sedap dia sampai beratur panjang ye. Start pukul 4 memang terus panjang beratur sebab waktu ni most student dah habis kelas. Nak pergi padang pon dekat, surau pon dekat, nak pergi atm pon tak la jauh sangat.
 |
| BLOK C |
 |
| Belakang blok C ada solar. Panas gils diorang kata but worth la cantik kalau pandai ambik gambar. Kitorang shoot video PAM kat sini sebab scenery dia cantik! |
Untuk budak blok A, memang penyabar orangnya. Boleh katakan blok A ni adalah blok paling hujung. Paling awal kita jumpa sebelum masuk pastinya pintu pagar kolej kan, dan blok paling hujung ialah blok kami.😢 Lepastu blok ni selalu blackout dan selalu takde air. Part ni memang ko kena berhijrah la cari air kalau tak, tak mandi la kau. Hahahahah. Susah sgt rasa time tu tapi bila kenang-kenangkan balik memori indah yang tak akan yana lupakan sebab kat mana lagi nak rasa pengalaman macam ni. Tapiiiiii, blok A pun tak kurang kelebihannya. Kami ada tasik! Yang ni paling best sebab bila dah penat-penat belajar sampai petang, boleh la pergi tenangkan minda kat tasik. Oh ye, part takde air tu sebab selalu sgt ada paip air yang bocor dekat kawasan perumahan di gambang jadi kitorang redha je lah time tu. Korang jangan la risau pulak sebab tu jadi pada batch 2019/2020. Insha Allah time korang semua nanti semua dah dibaiki.
 |
| Waktu ni first time datang tasik, muka excited tuu. |
 |
| Pemandangan daripada bilik. Ada court bola jaring. |
 |
| Pelangi petang. Kat sini malam-malam memang sejuk sangat. Yana yang jarang pakai selimut pon pakai bila malam kunjung tiba. Bila siang, panas lit lit! |
 |
| Jalan menuju blok A |
 |
| Pemandangan tasik dari aras 2 Blok A |
 |
| Pertandingan kayak peringkat kolej |
Kalau waktu petang-petang memang ramai la kaum adam datang jogging dan main basketball kat sini. Yana jog juga tapi takde la hari-hari. Biasanya hari jumaat sebab kelas habis awal. Then, blok A ni paling dekat dgn library. Jalan dua tiga langkah, sampailahh. Tapi tulah ikut nasib la kalau lecturer nak buat kelas kat library ke tak. Bestnye sebab ada aircond and dua tingkat. Nice laa. Internet connection pon laju. For free. Selalu yana datang library dulu hari jumaat tu before jog sebab nak internet bila buat assignment dan nak hawa sejuk tu. Tak boleh buat kat bilik sebab nanti rasa nak tidur je, kerja kelaut, baik pergi library.
 |
| Waktu study week kalau tak tahu nak study kat mana, datang je library. |
Next, pasal attire. Kat sini semua kena pakai formal attire. Perempuan muslim pakai baju kurung, lelaki pakai kemeja bersama tie kecuali hari ada subjek koko kena pakai baju kakom. Everyday ye, macam kat sekolah. Tak boleh la kau nak berfesyen ye kat sini pakai jeans ke apa ke. No no nooo. Memang tak macam kat Uni la tapi lepas dah alami sendiri hari-hari pakai baju kurung, rasa rindu pulak sebab in daily life yana prefer seluar, not skirt, not baju kurung. Biasa pakai baju kurung ni bila nak pergi kenduri je. Hheheheh. Tapi jangan cakap pakai baju kurung tak best, tak boleh berfesyen! Anda silap. Baju kurung sekarang dah berfesyen, cantik-cantik lagi. Tukar la drpd selalu beli blouse beli kurung pulak. Nampak tak yang yana dah fall in love dengan kurung. Sebab senang tau, kita just pilih baju yang mana nak pakai, cari tudung and dah siap. Kalau nak pakai blouse etc tu kena matching dengan jeans lagi tudung lagi kasut lagi. Banyak ye nak pikir, so baju kurung jee senang dan pantas. Yana rasa takde masa ye nak pikir fesyen-fesyen. Lagi satu, kat sini hanya dibenarkan pakai kasut hitam. No colour-colour.
 |
Me in kurung
Location: Student Cente |
 |
In kurung sabella with my bestie
Location: Dataran Utama |
 |
Also me in kurung
Location: Science Room
|
 |
| Baju kakom |
Oppsss lupa nak cerita pasal timetable belajar kat sini. So, basically class start pukul 8 dan berakhir paling lambat pukul 5. Depends macam mana jadual korang disusun. Gap 1 jam pukul 1 untuk korang rest dan solat zohor bagi pelajar muslim. Lepastu lupa nak ckp tadi kat sini ada student PST dan PDT. Apa tu? PST stand for Program Satu Tahun iaitu 2 semester dan PDT pulak Program Dua Tahun iaitu 4 semester. Jadi biasanya student PST akan ada kelas non-stop and student PDT pulak 4/5 kelas je sehari. Sebab diorang kan 2 tahun so masa tu bnyk la sikit. Yana dapat offer untuk PST. Masa memang terhad sgt pandai-pandai la korang agih masa. Malam takde kelas secara official tapi biasanya ada extra kelas depends on your lecturer. Yana diberitahu masa batch lepas-lepas hari jumaat kelas juga smpai petang. Syukur sebab waktu yana tu kelas hari jumaat smpai pukul 12 shj.
 |
| Buka puasa dengan classmate dekat padang! |
 |
| Experiment paling gelabah nak buat, exp chemist hahahahah |
 |
| exp kimia lagi |
 |
| Ni antara exp yg best sebab dpt tahu jenis darah kita |
Petang-petang kalau nak beriadah dipersilakan, semua alatan ada, pinjam shj di stor sukan. Yana rasa best gile sebab boleh belajar main frisbee. Senior-senior pon tak lokek ilmu. Kat sekolah dulu takde frisbee ni.. Macam-macam lagi ada tapi yana sempat main frisbee je.
 |
| naik basikal round-round kolej |
 |
| petanque |
Then lastly, kolej akan sediakan pelbagai aktiviti terutama weekend. Ada larian kakom, colour run, math fest, physics fest, chemist day and so many more pertandingan. I think it's good because kita akan busy dan tak perlu nak layan perasaan sedih ke apa ke, just enjoy dengan kawan-kawan. Yana ada join pertandingan easy-easy boleh la merasa hamper hihihihi. Thanks to the teammates.
 |
| dinner blok A1 |
 |
| Farewell party 4M1S17 |
 |
| My classmates |
 |
| chinese new year celebration |
 |
| A big thanks to Madam Huda yang selalu belanja kamii |
 |
| Nasi Ayam paling sedap ialah di blok B. Walaupun kat blok lelaki tapi kita gagahkan jua demi mengisi perut yang lapar. Sem 1 ada la jugak datang tapi sem 2, aku dah malas. |
Yana rasa tu je kot buat masa ni, sorry kalau ada terkurang di mana-mana. Jumpa you guys on my next blog!
Comments
Post a Comment